Khamis, 5 Mac 2009

renungan

lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1:wajah yang cantik
2 duit yang banyak
3:kesihatan yang baik
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan..
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
berkata nabi saw:
“siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.”

Ahad, 1 Mac 2009

pak cik aku meninggal dunia

Diam tak diam ,aku sudah lama menetap di bumi mesir ni hampr 7tahun.Seorang demi seorang telah kembali ke Rahmatullah tanpa sempat ku bersua untuk kali terakhir.Hari ini 2march2009 jam 315am waktu msia,pak cik aku Hj bogal b. Japar menyahut seruan Illahi.smoga rohnya di cucuri rahmat&tergolong di kalangan org yg beriman.
Al Fatihah.
Sedih hiba menyelubungi diri ku..
Ya Allah,engkau tabahkan&lindungi daku,jangan engkau sia2kan pengorbanan keberadaan diri ku di bumi anbiya' ini.
amin........

pejuang islam

As-Syahid Umar Mukhtar (1859 - 1931)


Beliau antara toko
h yang menggerakkan jihad menghadapi penjajah kuffar Itali yang menceroboh Libya. Umar seorang alim agama yang turut menyertai perjuangan Gerakan Al-Mahdi di Sudan pada 1895 melawan Inggeris disana. Setelah gerakan ini kalah, Umar pulang semula ke Libya dan pada tahun 1911, Itali berperang dengan tentera Uthmaniyyah untuk merampas Libya dan Itali berjaya. Umarlah yang memimpin penduduk tempatan melawan Itali dengan dukungan kabilah-kabilah Libya. Banyak korban di pihak Itali sehinggalah pada tahun 1931 beliau dikepung dan ditangkap. Tanggal 16 Sept tahun itu, Umar dihukum gantung dikhalayak ramai bersama pejuang-pejuang lain. Kini, perjuangan Umar diabadikan melalui filem 'Lion of The Desert' lakonan Anthony Quen, seorang Kristian pada saat itu.



Dirantai tangan dan kaki, lalu diarak dihadapan ribuan umat Islam yang menangis menyaksikan kejadian itu di Tripoli, Libya.

Imam Syafi'e di rantai di penjara,
Ibnu Taimiayah di penjara,
Assyahid Hassan Al Banna dibunuh,
dan ramai lagi.
Contohilah sikap ketulusan mereka demi Islam tercinta.
TAKBIR!!! allah akbar
"bersama membangun bersama islam"


kenali bumi mesir

peradaban mesir terkenal sebagai salah satu di antara sejarah peradaban manusia tertua di dunia dan dikenali dengan sistem pentadbiran paling maju.Namun masyarakat yang maju ini jatuh pada era pemerintahan Firaun yang angkuh dan bongkak.
Hal ini diceritakan dalam Al quran surah al Qashash:3-6.
Antara tumpuan tempat-tempat menarik:


Universiti Al - Azhar

Usianya telahpun menjangkau lebih seribu abad. Bangunan-bangunan lama masih terus didiami, lorong-lorong gelap penuh dengan sampah-sarap, lopak-lopak air dan pelbagai lagi keadaan yang menggambarkan betapa berusianya bandar ini. Walau bagaimanapun, situasi ini seakan tidak terasa, hilang terselindung di sebalik kegemilangan sinar mutiara agung para cendekiawan Mesir, Al Azhar.

Al-Azhar adalah pusat ilmu yang melahirkan professional Islam yang sering menggegarkan dunia jahiliyyah. Segala permasalahan masyarakat dapat ditangani oleh mereka secara syura. Akibatnya Pihak musuh sentiasa merancang pelbagai strategi untuk menjatuhkan Al Azhar. Semakin hari Al-Azhar semakin berkembang dan semakin ramai tokoh pemikir Islam yang sejati dilahirkan. Antaranya Dr. Yusuf al-Qardhawi, Dr Omar Hashim, Dr Sayyid Ahmad Musayyar, Dr Musa Syahin Lashin, Dr Ali Jumaah, Dr. Husin Husin Syuhatah dan ramai lagi.

Selain itu Al-Azhar juga membuka cawangan-cawangan di beberapa muhafazah (daerah besar) di Mesir. Sehingga ke saat ini Universiti Al Azhar telah memiliki berbagai-bagai cabang hubungan antarabangsa di dalam bidang pendidikan dan hampir ke seluruh di negara-negara Eropah, Afrika, dan Asia ,seperti Indonesia, Thailand, China dan lain-lain lagi
Universiti al-Azhar menjadi simbol kepada para penerus warisan perjuangan Islam baik di Timur mahupun di Barat. Ia merupakan benteng pertahanan keilmuan dan pemikiran daripada terjahan dan serangan musuh-musuh Islam.

Al-Azhar merupakan lembaga keilmuan Islam yang besar yang menjaga turath Islamiyyah dan menyebarkan misi dan amanah Islami kepada segenap umat di pelosok-pelosok bumi. Kini, masjid yang bersejarah yang telah dibina oleh arkitek Islam di zaman pemerintahan Fatimiyyah, Jauhar as-Saqali tetap utuh dan kekal walaupun ia bukan lagi seratus peratus bercorakkan binaan dan kesenian asli seperti pada zaman beliau. Walau bagaimanapun, fungsinya sebagai pusat penyebaran ilmu Islam tetap gemilang sehingga sekarang.

Kedudukannya di Kota Kaherah sejak era Fatimiyyah lagi masih tidak melunturkan kesan khazanah ilmu walaupun bangunannya yang antik sering dibaik-pulih, namun ia terus bercahaya melahirkan intelektual Islam mencorak masyarakat masa hadapan. Mengikut catatan sejarah, Khalifah Aziz Billah merupakan pengasas kepada penubuhan universiti Islam pertama di dunia iaitu Al Azhar. Pemugaran masjid tersebut sentiasa terserlah sejak zaman berzaman.


Masjid Amru al-’As radhiAllahu anhu

Masjid Saidina Amru al-‘As merupakan masjid yang pertama didirikan di kawasan benua Afrika ini. Masjid ini telah dibina oleh Saidina Amru ibn al ‘As bersama beberapa orang sahabat ketika itu. Khalifah Umar al Khattab radhiAllahu an.hu telah memeberi tanggungjawab kepada Amru al ‘As untuk membina masjid setibanya berjaya membuka Mesir. Pembinaannya dimulakan pada tahun 21H / 641M di Fustat , Ibu Kota Mesir pada waktu itu sebelum Kaherah.


Dengan berbekalkan kumpulan tenaga kerja yang lebih 60 orang sahabat baginda Rasulullah SallAllahu alaihi wasalam. Masjid ini dibina dan ia dikenali sebagai Masjid Amru al ‘As bersempena dengan nama panglima Islam yang telah membuka Mesir.

Pada peringkat awal , ia merupakan masjid yang menjalankan pengajian keilmuan yang tulen dari ulama' yang ikhlas menyatakan ilmu Allah Taala. Imam Syafei rahimahu’Llah telah memulakan kelas pengajiannya di dalam masjid ini dan memperkenalkan mazhab barunya yang dikenali sebagai 'Mazhab Jadid'. Masjid ini telah beberapa kali mengalami proses pemulihan dan perluasan. Hingga kini proses pemuliharaan dan pengindahan masjid ini masih terus dijalankan oleh pihak kerajaan Mesir bagi menjaga keindahan dan keunikannya dari zaman berzaman.

Masjid Saidina Hussain radhiAllahu anhu


Masjid ini terletak berhampiran dengan Masjid Al-Azhar. Menurut setengah pendapat ada yang menyatakan kepala Saidina Husein dikebumikan di sini. Sesetengah pendapat lain pula menyatakan kepala beliau dikebumikan di Baqi', Madinah al Munawwarah.

Dikatakan juga di dalam masjid ini tersimpan barang peninggalan Rasulullah sallAllahu alai wasalam seperti pakaiannya, celak, sejengkal bahagian tongkat Rasulullah dan beberapa helai janggut Baginda juga helaian al Quran yang ditulis oleh Saidina Ali KaramAlahu wajhah. Kebetulan al Quran tersebut merupakan al Quran yang dibaca oleh Saidina Osman radhiAllahu an.hu sewaktu beliau dibunuh.

Namun sejauh mana kebenaran situasi dan lokasi berlakunya peristiwa tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya. Masjid ini juga pernah menjadi Masjid Negara Mesir sebelum perpindahannya ke Masjid baru yang terletak di Abbasiyyah yang dikenali sebagai Masjid anNur yang kekal sehingga sekarang.